Rawat tiriod dengan kalam Allah
Pada zaman sekarang, manusia banyak menghidap penyakit kelenjar dan tiroid. Pada peringkat usia kanak-kanak dan remaja jarang dijangkiti penyakit tiroid, sebaliknya mereka lebih terdedah dengan penyakit kelenjar.
Pelbagai pendapat pakar perubatan tentang penyakit kelenjar dan tiriod ini. Sebahagian mereka mengatakan bahawa tiriod dan kelenjar adalah penyakit yang sama. Sebahagian pakar lain pula mengatakan bahawa tiriod bukan kelenjar, kelenjar bukan tiriod. Cuma yang ada persamaan ialah disebabkan kelebihan hormon.
Penulis tidak mempersoalkan perbezaan pendapat kerana yang lebih penting adalah cara mencegahnya dan mengubatinya. Walaupun pakar berlainan pendapat tentang penyakit itu, niat dan tujuan mereka tetap baik iaitu bersungguh-sungguh untuk mengetahui dan mengubati penghidap penyakit tiroid dan bengkak kelenjar.
Bagaimana pula menurut keterangan al-Quran dan Hadis tentang kedua-dua penyakit itu dan apa pula cara mengatasi dan mengubatinya?
Untuk jawapannya, dalam artikel ini penulis dahulukan rawatan pernyakit tiroid dan cara mengubati dan merawat sendiri penyakit berkenaan dengan menggunakan herba pilihan yang sesuai dengan dibacakan ayat-ayat Allah.
Tiroid lazimnya tumbuh di bahagian leher dan di dalam perut. Penyakit itu ada beberapa jenis dan bentuk, ada berupa padat dan keras seperti daging otot, dan ada pula yang lembek seperti mengandungi cecair dan ada juga mengandungi buih separuh lemak.
Menurut pengalaman para doktor dalam merawat penghidap tiroid, penyakit itu berupa ketulan lembut mengandungi cecair putih yang diselaputi lemak tetapi tidak sampai membeku.
Cecair kental diselaputi lemak
Tiroid yang berupa padat dan keras pula mengandungi cecair kental seperti bubur nasi, ada kalanya diselaputi lemak yang agak membeku. Kebanyakan doktor merawat kedua-dua jenis tiroid melaiui dengan pembedahan, atau disedut untuk mengeluarkan cecair tersebut. Apabila tiroid tersebut tumbuh berserta atau bercampur urat-urat saraf penting seperti di leher, maka apabila dibedah, dikhuatiri urat saraf terganggu dan boleh menimbulkan risiko lain.
Lazinnya, doktor pakar akan memulakan rawatan dengan memberi ubat berbentuk pil atau kapsul untuk mengecutkan tiroid tersebut. Sekiranya ubat-ubatan berupa pil atau kapsul itu tidak mujarab malah bengkak tiroid semakin membesar, maka doktor akan mengubatinya dengan melakukan penyedutan cecair di dalam tiroid atau terus melakukan pembedahan.
Berdasarkan kandungan ayat-ayat aI-Quran, sebab dan musabab terbentuknya penyakit tiroid tersebut adalah seperti berikut:
Sebab pertama: Kelemahan organ usus dan buah pinggang dalam menghadam makanan dan minuman. Apabila seseorang makan makanan dengan tidak mengunyahnya sehingga lumat dan terus ditelan, maka ia akan membebankan organ usus untuk menghadam dan memproses makanan tersebut.
Sebab kedua: Lazimnya, makanan dan minuman banyak mengandungi bahan kimia, dan pada masa yang sama kita lupa atau melupakan Allah dalam setiap memulakan makan dan minum. Ketika mengunyah, meneguk dan menelannya serta melanggar peraturan sukatan makan dan minum yang telah digariskan Allah dan RasulNya untuk kesihatan manusia. Kalau membaca "Bismillah" pun hanya sebagai adat dan ucapan sahaja, bukan mengharapkan perlindungan Allah daripada bahaya sekiranya makanan dan minuman itu mengandungi bahan bahaya yang boleh menyebabkan penyakit.
Sebab ketiga: Kelengahan manusia untuk menggerakkan tubuh badan, atau menggerakkan protein makanan tersebut. Mereka untuk membangkitkan tenaga dan menghidupkan organ otot-otot tubuh, menyebabkan tahap kepanasan darah dalam badan tidak mencukupi untuk membakar penyakit. Zat arang atau zat pembakar kurang berfungsi dalam darah, maka hampas kolesterol dalam darah masih tetap di tahap mentah sehingga ia menjadi tiroid. Apabila hampas kolesterol yang masih mentah berkumpul di sekitar pertemuan ruas dan sendi anggota badan seperti lutut, pergelangan kaki, dan pergelangan tangan, maka dia disebut penyakit gout, dan ia boleh membawa penghidap menjadi lumpuh. Apabila hampas mentah tersebut berkumpul di bahagian leher atau di sekitar bahagian dalam perut, maka dia disebut penyakit tiroid.
Tiga cara rawatan untuk mengubati penyakit tiroid sila amalkan kaedah yang diterangkan di bawah ini:
PERTAMA: Terlebih dahulu bersihkan perut dengan minum pencuci perut (pencahar) atau disebut julap, yakni satu sudu teh serbuk daun Sana direndam dengan segelas air panas mendidih, setelah suam-suam kuku atau setelah sejuk, maka tapis ambil airnya lalu minum tatkala mahu tidur malam, pada keesokan paginya minumlah air suam tiga gelas, dan insyaAllah akan buang air besar hingga tiga atau empat kali. Selepas itu alas perut dengan makan yang lembut-lembut dan tidak pedas.
KEDUA: Ambil sepotong halia tua sekira-kira sebesar ibu jari diblender (kisar) dengan segelas air lalu direbus sampai mendidih, dan dimasukkan tujuh ketul garam kasar yang kecilnya, dan setelah suam-suam kuku, tapis ambil airnya, dan bacakan padanya Surah Fatihah (sekali), Surah Ikhlas (tiga kali), Surah al-Falak (sekali), Surah An-Nas (sekali), dan Surah Al-Hasyr, ayat 22 (21 kall), lalu minum air tersebut. Amalkan dua kali sehari selama 21 hari.
Bagi ubat bahagian luarnya, yakni ubat untuk disapukan pada bahagian luar tiroid yang membengkak, ambil 21 biji garam kasar lalu rendamkan pada segelas air suam atau air paip, dan bacakan padanya surah dan ayat tersebut di atas.
Setelah itu sapukan air garam tersebut tiga kali sapu pada tiroid setiap lewat petang sebelum matahari terbenam. Amalkan selama 21 hari serentak dengan minum air halia di atas. Sekiranya tiroid tersebut berada di bahagian dalam perut, maka sapukan saja air garam di bahagian luar perut bertentangan dengan tiroid.
KETIGA: Semasa mengamalkan ubat di atas, hendaklah setiap malam dalam sepertiga malam sekitar pukul dua pagi, lakukan solat taubat dua rakaat. Selepas itu lakukan pula solat sunat tahajud dua rakaat. Selepas salam, baca Surah Fatihah sekali, dan Surah al-Ikhlas (tiga kali), lalu hadiahkan kepada Rasulullah SAW kepada ahli keluarganya, serta sekalian para sahabat.
Setelah itu bertafakur dengan menumpukan perhatian anda ke dalam lubuk hati/jantung anda yang berada di bawa susu kiri renggang/jarak dua jari daripada tengah-tengah dada, yakni ternpat terbitnya mata "Bashirah". Setelah bulat konsentrasi di situ, lalu anda salurkan pandangan mata hati/mata Bashirah tersebut ke tiroid sehingga tepat, lalu dalam keadaan demikian anda bacakan surah-surah dan ayat yang disebutkan pada cara kedua di atas.
Setelah selesai membaca bacaan tersebut, sebelum mengakhirinya maka akhiri dengan bacaan 'Laa ilaha illallah, AllahuAkbar sebanyak 100 kali. Lakukan amalan ini selama 21 hari setiap malam, InsyaAllah anda akan melihat hasilnya yang ajaib. Kesimpulan cara ubat ketiga ini, yakni "berwirid dan berzikir pada tiroid itu."
Cara perubatan ketiga agak rumit untuk melakukan dan mengamalkannya, melainkan bagi orang yang telah membiasakan dirinya "berzikirullah" dengan aturan tata tertib zikir yang dipimpin oleh seorang guru mursyid yang berpandukan Kitab Usuluddin.
Perlu kita ketahui, bahawa berubat penyakit dengan mendahulukan minta ampun dan taubat kepada Allah daripada segala dosa amat berkesan dan bermanfaat kerana kebanyakan penyakit yang ditimpakan Allah kepada manusia adalah kerana dosanya.
Ia juga bertujuan untuk mengingatkan manusia supaya menyedari kesalahan dan dosanya, ada kalanya untuk membersihkan dosa seseorang hamba jika hamba itu mendahului dengan reda sebelum dia berikhtiar mengubati penyakit tersebut.
Langkah pencegahan
Cegah sebelum dijangkiti tiroid dengan amalan seperti berikut:
1. Membiasakan mengisi perut dengan makanan dan minuman dengan secara sederhana, yakni tidak sampai padat.
2. Setiap kali makan hendaklah dikunyah sampai lumat terlebih sebelum ditelan.
3. Sebelum makan jangan lupa membaca 'Bismillah' dan sebaik-baiknya terus membaca 'Alhamdulillah' setiap kali menelan makanan tersebut.
4. Membiasakan diri bekerja dengan membangkitkan orot-otot tubuh, bersenam, berjoging dan sebagainya sehingga badan berpeluh. Lakukan kira-kira 20 minit dalam sehari.
5. Biasakan beristighfar dengan minta ampun kepada Allah SWT, dan minta maaf dengan ibu bapa. Bagi isteri, biasakan meminta maaf daripada segala kesalahan kepada suami, begitu juga sebaliknya kerana kebanyakan sumber penyakit adalah daripada dosa yang bersangkut-paut sesama manusia.
Wallahuaklam
Artikel oleh Raflis Sabirin (MILINEA Muslim)
No comments:
Post a Comment